Ahad, 10 Julai 2011

PROGRAM KAYUHAN MESRA (KEJORA - KETENGAH)

Kelab Anggota KEJORA (KAK) telah menganjurkan progran berbasikal pada 18 Februari 2011 yang lalu,Program ini diadakan bertujuan untuk menyambut wakil rombongan dari kelab Anggota KETENGAH yang telah mengadakan lawatan ke Wilayah KEJORA pada 18 hingga 20 Februari yang lalu.


Program yang telah di rangka oleh Pengerusi Biro agama juga selaku Presiden KCC,En Fakharur Razziy Bin Hazran telah meenyajikan Program Kayuhan Mesra ke Kampung Pulau Linting.
Wakil ronbongan dari KETENGAH diwakili seramai 30 orang angota dan Pegawai manakala Wakil KEJORA diwakili seramai 20 orang anggota dan pegawai.

Majlis pelepasan pada program tersebut menjadi lebih istimewa kerana ia telah dirasmikan oelh Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah iaitu
yang Berbahagia Dato' Ibrahim bin Muhamad.Majlis pelepasan telah diadakan di hadapan Bangunan Ibu Pejabat KEJORA Bandar Penawar pada pukul 9.00pagi.

Delegasi lawatan meneruskan kayuhan sehingga ke Kampung Tanjung Belungkor dan berkumpul di jeti kampung tersebut untuk menaiki bot bagi meneruskan ke Kampung Pulau Linting.
Program ini turut diserikan dengan acara sampingan melalui demonstrasi permainan tradisional iaitu Permainan Jong.

Program berbasikal ini bukan sahaja dapat mengukuhkan jalinan diplomasi di antara LKW,malah ianya juga dapat mengetengahkan keistimewaan dan tarikan yang ada di kampung-kampung
tradisional KEJORA kepada peserta - peserta yang hadir.




















































































Tiada ulasan:

Catat Ulasan