Ahad, 10 Julai 2011

Kayuhan Pecah Lemak Bandar Penawar Tg Pengelih - 50KM


Kayuhan Bermula dari Bandar Penawar

Check Point Pertama Persimpangan Sebana Resorts
All Riders Bergambar di Sebana Resorts

Otai lama follow gak tu....
Pekena Teh Selepas berkayuh Sejauh 50 km

Memori KCC di Jeti Tanjung Pengelih.

PROGRAM KAYUHAN MESRA (KEJORA - KETENGAH)

Kelab Anggota KEJORA (KAK) telah menganjurkan progran berbasikal pada 18 Februari 2011 yang lalu,Program ini diadakan bertujuan untuk menyambut wakil rombongan dari kelab Anggota KETENGAH yang telah mengadakan lawatan ke Wilayah KEJORA pada 18 hingga 20 Februari yang lalu.

Rabu, 6 Julai 2011

PENGUMUMAN PENTING..

Pengumuman kepada semua peserta Program Berbasikal Ke Terengganu.
Meeting berkaitan program ke ketengah dan berkaitan pinjaman dgn koperasi..

Tarikh: 08/07/2011 (jumaat)Masa:kul 4.30 petang

Tempat: Bilik mesyuarat Lembaga Bandaran Johor Tenggara

Semua ahli kelab yang sudah berdaftar atau belum berdaftar dijemput hadir..

Isnin, 4 Julai 2011

Lebuh Raya Senai-Desaru Kini dibuka

Lebuh raya Senai-Desaru (SDE) sepanjang 77 kilometer yang menghubungkan Senai dan Desaru telah dibuka secara rasmi untuk kegunaan orang ramai sejak 10 Jun 2011 (Jumaat). Sempena pembukaan itu,pengguna lebuh raya tersebut tidak dikenakan bayaran tol selama sebulan dan kutipan tol akan dikuatkuasakan pada 10 Julai 2011.

Lebuh raya ketiga terpanjang di Malaysia itu bermula di persimpangan 301 Linkedua dan merentasi jalan Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail (LTASI) di Senai, Pekan Ulu Tiram dan melalui Kawasan Perindustrian Tanjung Langsat sebelum terus ke Desaru.

SDE mempunyai enam persimpangan bertingkat, empat plaza tol dan dua kawasan rehat dan rawat (R&R) serta sebuah jambatan kabel bersatah tunggal merentangi Sungai Johor. Melalui SDE, perjalanan ke Desaru kini hanya mengambil masa selama 45 minit berbanding laluan sediada.

Sabtu, 2 Julai 2011

Rabu, 29 Jun 2011

PROGRAM LAWATAN BALAS BERBASIKAL DI TERENGGANU (KEJORA-KETENGAH)


Program Lawatan Balas Berbasikal (KEJORA-KETENGAH) akan di adakan di Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Pada 15hb JULAI 2011 hingga 17hb JULAI 2011.Bagi Anggota Kejora yg ingin Join Sekaki hendaklah membuat pendaftran dengan segera beserta bayaran sebanyak RM 50.00 kepada Bendahari Kelab Basikal Kejora En.Muhamad Sani Bin Selamat.Tempat adalah terhad sehingga 40 orang sahaja.               " Siapa Cepat Dia Dapat,Siapa Lambat tak Dapek Den Nak Nolong"

*   Sekiranya Penyertaan dari anggota Kejora kurang daripada 40 org,Penyertaan akan dibuka kepada Cycling           Luar (Kadar Bayaran RM150.00 bagi cycling luar).   Kaum wanita juga dialu-alukan untuk Join program ini.
*  Untuk keterangan lanjut sila hubungi En Misridin di Talian 013-7070752

TENTATIF PROGRAM


Selasa, 28 Jun 2011

EVENT


JEMPUTAN KAYUHAN MESRA ANJURAN JABATAN ALAM SEKITAR DAN PARLIMEN PENGERANG PADA 09/07/2011

-Penyertaan percuma.

-Kayuhan bermula dari Penawar ke punggai dan kampung2 sekitar punggai. 30 km..

-Makan minum dan cenderhati disediakan.

-Berkumpul di ibu pejabat kejora jam 7.30 pagi.

-Berminat untuk menyertaai sila smskan Nama penuh ke 0137070752