Isnin, 4 Julai 2011

Lebuh Raya Senai-Desaru Kini dibuka

Lebuh raya Senai-Desaru (SDE) sepanjang 77 kilometer yang menghubungkan Senai dan Desaru telah dibuka secara rasmi untuk kegunaan orang ramai sejak 10 Jun 2011 (Jumaat). Sempena pembukaan itu,pengguna lebuh raya tersebut tidak dikenakan bayaran tol selama sebulan dan kutipan tol akan dikuatkuasakan pada 10 Julai 2011.

Lebuh raya ketiga terpanjang di Malaysia itu bermula di persimpangan 301 Linkedua dan merentasi jalan Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail (LTASI) di Senai, Pekan Ulu Tiram dan melalui Kawasan Perindustrian Tanjung Langsat sebelum terus ke Desaru.

SDE mempunyai enam persimpangan bertingkat, empat plaza tol dan dua kawasan rehat dan rawat (R&R) serta sebuah jambatan kabel bersatah tunggal merentangi Sungai Johor. Melalui SDE, perjalanan ke Desaru kini hanya mengambil masa selama 45 minit berbanding laluan sediada.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan